"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru kaunseling rakam perbuatan jijik dengan murid, anak lelaki

Ahmad Hasbi

am@hmetro.com.my

Seremban: Seorang guru kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah ini dikesan melakukan gangguan seksual terhadap murid lelakinya di sekolah berkenaan.

Perkara itu terbongkar selepas penemuan beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan menjijikkan itu terhadap muridnya.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, turut ditemukan di dalam video berkenaan adalah perbuatan terkutuk terhadapnya anak lelakinya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka.

"Guru besar sekolah terbabit membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid.

"Difahamkan, turut dijumpai video yang memaparkan video perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri," katanya, hari ini.

Jelasnya, guru lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

"Suspek berusia 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: