"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulama Pas akui pemimpin berjawatan tinggi malas ikut usrah

HarapanDaily.com

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik tampil mengakui bahawa pemimpin berjawatan tinggi parti itu malas mengikuti usrah.

Menurutnya, mereka terbabit yang masih menghadiri program tarbiyah parti itu sebagai luar biasa.

Sehubungan itu, dia menggesa pengikut Pas supaya rajin mengikuti usrah yang bertujuan untuk menyelaraskan fikrah ahli-ahli parti pembangkang tersebut.

“Ahli-ahli Pas kena rajin-rajin ikut usrah. Cepat-cepat ikuti siri usrah ketika masih jadi ahli biasa. Sebab bila dah berjawatan tinggi, nanti automatik jadi malas ikut usrah.

“Kalau ada yang tetap istiqamah berusrah dan bergelumang bersama ahli marhaen walau telah berjawatan tinggi dan punya gelar,itu memang luar biasa punya pejuang,” kata Mokhtar menerusi hantaran di Facebook. 

Pelaksanaan usrah dalam parti itu adalah mengikut model tarbiyah seperti ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat.

Memetik Harakahdaily, terdapat enam elemen dalam pelaksanaan usrah Pas bermula dengan solat berjemaah sehingga perbincangan mengenai isu-isu semasa berkaitan umat Islam.

Tiada ulasan: