"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis: Lelaki ‘kurang siuman’ merayau di PPR bawa parang dihantar ke hospital

David Pillai
Tular video menunjukkan seorang lelaki merayau-rayau di blok kediaman sebuah PPR sambil memegang parang.
PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang lelaki yang dilihat merayau-rayau di blok kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur dengan membawa sebilah parang.

Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, lelaki itu yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dibenarkan keluar daripada wad psikiatri, namun tidak makan ubat-ubatan yang dibekalkan kepadanya.

Katanya, susulan kejadian ini, lelaki itu dibawa ke HKL untuk tindakan dan bukan lagi bawah tanggungjawab polis.

“Tindakan pihak polis sekiranya ada orang kurang siuman ialah bawa ke hospital untuk rawatan.

“Selesai diserahkan kepada hospital, tiada lagi tanggungjawab pihak polis,” katanya.

Ashari berkata demikian mengulas video tular menunjukkan seorang lelaki merayau-rayau di blok kediaman PPR itu sambil memegang parang.

Difahamkan bahawa pihak pengurusan PPR tersebut telah beberapa kali memfailkan aduan dan laporan polis berhubung individu tersebut, tetapi hanya amaran dikeluarkan.

Tiada ulasan: