"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

7 kanak-kanak ditangkap curi motosikal

CHERINE JON
Tujuh kanak-kanak ketika hadir di Mahkamah hari ini.
SIBU – Tujuh kanak-kanak lelaki berdepan hukuman penjara akibat mencuri tiga buah motosikal di Taman Sibujaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata kesemua suspek berusia 11 hingga 15 tahun itu dicekup oleh Bahagian Siasatan Jenayah Sibu dan juga Bahagian Ronda Cegah Jenayah, Balai polis Sibujaya, kelmarin.

Katanya tangkapan dibuat sejurus pihaknya menerima tiga laporan daripada tiga pengadu antara pukul 7 hingga 10 pagi, yang mengatakan motosikal mereka telah hilang.

“Tangkapan pertama melibatkan dua suspek berusia 12 dan 15 tahun, yang kemudian membawa kepada tangkapan lima lagi rakan mereka berusia 11 hingga 13 tahun.

“Turut dirampas tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata kesemua suspek serta motosikal yang dicuri itu telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal polis mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua suspek telah dipohon reman selama dua hari mulai 11 hingga 13 Disember ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: