"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan bogel, banyak kesan lebam

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
LOKASI mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. FOTO ihsan pembaca
LOKASI mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. FOTO ihsan pembaca
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati disyaki dibunuh tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Mayat lelaki tempatan itu ditemui kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan bogel dan terdapat beberapa kesan kecederaan serta lebam di bahagian badannya.

Saksi mahu dikenali Chang, 52, berkata, dia tiba di kilang tempatnya bekerja dan melihat kehadiran kenderaan polis di lokasi.

"Saya lihat satu mayat terbaring dalam keadaan berbogel di tepi jalan dekat tempat pembuangan sampah.

"Terdapat banyak kesan lebam seperti dipukul dan kemungkinan mangsa mati sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika ditemui mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, mayat sudah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras di sini, untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian.

Tiada ulasan: