"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelantikan Dr Dzulkefly tidak bernuansa politik

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Menjelang pemilih AMANAH Nasional, jawatan Timbalan Presiden parti yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub bakal menjadi perhatian.

Selepas pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ke dalam Kabinet, timbul persoalan sama ada Perdana Menteri mahu pemimpin AMANAH itu dilantik ke jawatan paling kanan dalam parti.

Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Hatta Ramli ketika dihubungi Harapan Daily hari ini, cuma membalas ringkas bahawa pelantikan Dzulkefly menganggotai Kabinet adalah tepat dan tidak berkaitan dengan politik.

“Bagi saya pemilihan itu tepat dan tidak bernuansa politik.

“Beliau juga adalah antara kepimpinan tertinggi AMANAH yang menjadi tulang belakang parti,” katanya.

Tambah Dr Hatta, pelantikan Pengarah Strategi AMANAH Nasional itu ke Kementerian kesihatan adalah tepat berdasarkan pengalaman dan latar belakang bidang beliau.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor merupakan bekas menteri kesihatan pada 2018-2020.

Berusia 65, beliau merupakan pemegang Ijazah Falsafah Kedoktoran, Ph.D dalam bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London UK pada tahun 1993.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama.

Bagi membendung wabak Covid-19, beliau pernah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Ketua Pasukan Petugas Vaksin Pakatan Harapan (PH) dan Penasihat syarikat Farmaseutikal yang berpangkalan di Switzerland.

Tiada ulasan: