"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa direman seminggu, pukul anak terkencing di sofa

FMT Reporters 

PETALING JAYA: Seorang lelaki direman seminggu kerana disyaki memukul anak lelaki berusia tiga tahun selepas berang mangsa terkencing di sofa, dalam kejadian di Taman Putra Damai, Lembah Subang.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian 11.50 pagi, Ahad lalu, lelaki itu juga gagal mengawal kemarahannya lalu turut memukul isterinya berusia 27 tahun.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Katanya, susulan itu isteri suspek dan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.

“Polis menerima laporan kejadian dan sudah menahan suspek. Lelaki itu direman bermula kelmarin hingga 7 Januari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga, dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Tiada ulasan: