"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Brek rosak, bas bawa 11 penumpang rempuh pondok polis

Mary Victoria Dass
bhnews@bh.com.my
Keadaan bas yang terbabas dan merempuh pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Keadaan bas yang terbabas dan merempuh pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
ISKANDAR PUTERI: Sebelas penumpang bas cemas selepas kenderaan dinaiki mereka itu terbabas sebelum melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi di laluan bas KSAB, namun semua penumpang dan pemandu bas terbabit dilapor tidak mengalami kecederaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som berkata, mengesahkan kejadian itu, dengan siasatan mendapati kemalangan berpunca kerosakan brek bas.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59).

Terdahulu tular dalam media sosial foto sebuah bas penumpang melanggar pondok polis di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua).

Tiada ulasan: