"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaduh dalam kasino, 4 ditahan

Bernama
Tangkap layar video kejadian pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands.
KUANTAN: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah kasino di Genting Highlands kelmarin.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati punca kejadian pergaduhan adalah salah faham antara mereka yang berada dalam kasino tersebut.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama dua hari bermula 7 hingga 8 April bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semua yang ditahan telah dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa anggota badan berpunca daripada pergaduhan itu.

Pihak polis juga sedang mengesan saki-baki mereka yang terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, katanya.

Tiada ulasan: