"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk bandar ditahan bersama 70 kg resin ganja di rumahnya

AFP

Paris: Polis Perancis menahan datuk bandar di Perancis dan dua abangnya selepas menemui sekurang-kurangnya 70 kilogram (kg) resin ganja di rumahnya, kata penyiasat Ahad.

Jamilah Habsaoui, datuk bandar Avallon sejak 2021 dan juga ahli majlis wilayah, adalah salah satu daripada beberapa sasaran serbuan polis selepas penyiasatan terhadap pengedaran dadah di bandar timur yang berlangsung beberapa minggu, pendakwa Hugues de Phily memberitahu AFP.

Pendakwa raya berkata, rumah datuk bandar, dewan bandar dan farmasi tempat Habsaoui bekerja semuanya digeledah, tetapi beliau tidak memberikan jumlah dadah yang ditemukan di rumah individu berkenaan.

Sumber siasatan berkata, 70kg ganja dirampas.

Habsaoui dan dua abangnya adalah antara tujuh orang yang ditahan, menurut pendakwa raya yang menambah bahawa bahagian lain siasatan menemukan 983 gram kokain, wang tunai 7,000 euro (kira-kira RM26,000) dan kira-kira 20 jongkong emas.

Operasi itu dijalankan sebagai sebahagian daripada kempen seluruh negara untuk membanteras perdagangan dadah yang semakin meningkat di bandar-bandar Perancis.

Tiada ulasan: