"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu di kawasan rekreasi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemandu pelancong maut setelah ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan rekreasi di Ipoh hari ini.

Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu membawa pelancong dari Vietnam ke kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xin Ling di Taman Saikat.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi, polis Ipoh menerima makluman daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya (tersebut).

“Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu terjatuh dan mengenai kepala mangsa (menyebabkan) kecederaan di bahagian kepala,” kata Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

“Hasil pemeriksaan oleh pakar forensik perubatan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat ditimpa batu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati tiada menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: