"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel lancar serangan udara di timur Lubnan

BHarianonline 
Kepulan asap memenuhi ruang udara perkampungan Tayr Harfa di sempadan selatan Lubnan selepas serangan udara Israel. - Foto AFP
Kepulan asap memenuhi ruang udara perkampungan Tayr Harfa di sempadan selatan Lubnan selepas serangan udara Israel. - Foto AFP
BEIRUT: Israel melancarkan serangan udara ke Lembah Bekaa di timur Lubnan awal pagi tadi, selang beberapa jam selepas kumpulan bersenjata Hizbullah mendakwa memusnahkan dron Israel di republik itu.

Dua sumber keselamatan Lubnan berkata, serangan Israel menyasarkan kem latihan milik Hizbullah dekat kampung Janta, berdekatan sempadan Syria serta bandar Safri yang terletak berhampiran bandar timur Baalbek, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Hizbullah pula mengaku bertanggungjawab memusnahkan dron Israel, semalam.

Menerusi kenyataan, Hizbullah berkata: "Dron milik tentera Israel, yang ditembak jatuh di wilayah Lubnan petang semalam, adalah jenis Hermes 900".

Kumpulan disokong Iran itu terbabit dalam kes berbalas tembakan dengan Israel di sepanjang sempadan selatan Lubnan sejak 8 Oktober lalu, sehari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel, menyebabkan ketegangan serantau meningkat.

Jurucakap Arab tentera Israel, Avichay Adraee, berkata dron itu terhempas di wilayah Lubnan selepas terkena peluru berpandu darat ke udara. Kes itu sedang dalam siasatan, tambahnya dalam catatan di platform media sosial. - REUTERS

Tiada ulasan: