"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita campak makanan atas jalan kerana lewat tiba

KOSMO
Wanita berbaju merah kelihatan mengamuk dan menghempaskan kuih terang bulan yang diterima dua jam selepas membuat pesanan. - @ntt.keraz
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita menghempas kuih terang bulan yang dipesan ke atas jalan kerana lewat tiba, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Dalam klip video yang dikongsikan di akaun Instagram @ntt.keraz, wanita berbaju merah tersebut dilihat mengamuk selepas kuih terang bulan atau turut dikenali sebagai martabak manis itu mengambil masa lebih dua jam untuk sampai.  

Oleh kerana terlalu lama menunggu, wanita itu menghempas makanan yang diletakkan di dalam beg plastik tersebut selepas dihantar oleh seorang lelaki.

Sambil mengeluarkan kata-kata yang penuh kemarahan, wanita berbaju merah itu berkata: “Sudah lama saya menunggu! Sehingga tetamu yang datang sudah pulang sebelum kuih ini sampai,” katanya. – AGENSI

Tiada ulasan: