"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki mengamuk isteri tidak beri wang

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Seorang lelaki ditahan polis di Persiaran Saujana Ampang, di sini, kelmarin kerana mengugut isterinya dan memiliki sepucuk pistol angin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, lelaki berusia 39 tahun itu mengamuk dan mengugut isterinya kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

"Lelaki itu pulang ke rumah dan mengetuk pintu sambil mengamuk, namun isterinya enggan membuka pintu kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

"Mangsa menghubungi polis, malah anak lelaki mangsa berusia 13 tahun memberitahu pernah terlihat objek menyerupai pistol (pistol angin) di bawah meja solek.

"Polis yang tiba kemudian menahan suspek dan menemukan pistol angin terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 April ini," katanya.

Tiada ulasan: