"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita perancang perkahwinan maut jatuh bangunan tinggalkan nota

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian 2.50 petang.

Menurutnya, kejadian dilaporkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka yang melihat wanita itu terjatuh di bahagian lobi.

"Berdasarkan semakan, wanita terbabit berusia 37 tahun dan bekerja sebagai perancang perkahwinan.

"Polis turut menemui sekeping nota disyaki milik wanita itu di lokasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Shahrulnizam berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai mengalami masalah berkaitan kerja.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Tiada ulasan: