Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan yang terjunam ke dalam parit di Simunjan. FOTO IHSAN JBPM
Kuching: Wanita maut selepas pikap yang dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran Sabal Kruin di Simunjan dekat sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.40 pagi.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
"Setibanya di tempat kejadian pada 8.42 pagi, anggota bomba mendapati seorang wanita tersepit di bawah kenderaan itu, yang berada di dalam air.
"Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan pada 9.35 pagi," katanya.
Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Magdeline Jampang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan