"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan warga Bangladesh disyaki bunuh wanita di hotel

Bernama

Polis berkata suspek adalah kenalan wanita warga Indonesia itu dan mengaku membunuh mangsa kerana cemburu.

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lalu.

Ketua Polis Serdang A A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan.

Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.

Tiada ulasan: