Harapandaily
Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan Pas kecewa apabila UMNO membatalkan Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini.
Menurut pimpinan AMANAH berkenaan, UMNO menyedari permainan politik murahan Pas apabila mengambil tindakan pantas membatalkan penyertaan dalam himpunan di Istana Kehakiman, Putrajaya itu.
“Pimpinan Pas dinasihatkan usahlah derhaka pada Tuanku. Kuasa pengampunan di bawah kuasa prerogatif Agong. Pas tak perlu mengajar Tuanku membuat keputusan.
“Banyak ruang politik yang Pas boleh gunakan untuk bangunkan rakyat dan negara bukannya asyik nak tebuk atap sahaja,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa parti komponen Kerajaan Perpaduan itu tidak meneruskan perhimpunan solidariti terhadap Najib di Putrajaya, 6 Januari ini.
Sementara itu, Istana Negara dalam kenyataan menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
Mengulas lanjut, Suhaizan berpendapat Pas telah mengambil kesempatan apabila UMNO pada mulanya mengumumkan akan mengadakan himpunan solidariti Najib untuk mendapatkan populariti peribadi sambil cuba memecahkan Kerajaan Madani, PH dan BN pimpinan PMX.
“Maka telah dikerahkan ahli-ahli Pas seluruh negara yang tidak tahu hujung pangkal untuk hadir, sedangkan sebelum ini, Pas dianggap sebagai penentang kuat DS Najib tetapi tiba-tiba berubah kononnya simpati pada Datuk Seri Najib,” kata Suhaizan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan