"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta rempuh orang ramai, 10 maut, 30 cedera

KOSMO!
ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian di New Orleans hari ini. - Foto AFP
NEW ORLEANS – Seramai 10 orang terbunuh dan 30 cedera selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di daerah pelancongan di bandar New Orleans awal pagi Tahun Baharu, demikian menurut beberapa pegawai, manakala media melaporkan bahawa pemandu kemudian melepaskan tembakan.

Agensi persediaan bencana New Orleans, Nola Ready mengeluarkan kenyataan ‘angka kematian besar melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu merempuh kumpulan orang awam di Canal dan Bourbon Street’.

Kawasan itu merupakan destinasi hiburan malam popular di New Orleans.

Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell berkata, bandar itu terkesan akibat serangan pengganas’, manakala kejadian masih disiasat, demikian menurut CNN.

“Serangan jelas dirancang. Lelaki ini cuba menggilis seberapa ramai orang yang boleh. Dia mahu mencetuskan seberapa banyak kematian dan kerosakan,” kata Superintendan polis New Orleans,  Anne Kirkpatrick dalam satu sidang akhbar hari ini.

Saluran berita CBS dan CNN memetik beberapa saksi melaporkan bahawa pemandu itu turut melepaskan tembakan.

Ejen FBI New Orleans, Alethea Duncan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat penemuan sekurang-kurangnya sebutir bom buatan sendiri di lokasi kejadian.

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan dari Bourbon Street hingga ke St. Ann.

“Kami tidak mahu melihat orang awam di Bourbon Street hari ini,” kata Kirkpatrick sambil mengesahkan bahawa FBI mengambil alih siasatan.

Menurutnya, dua anggota polis telah ditembak tetapi berapa dalam keadaan stabil di hospital.

Tiada maklumat diberikan tentang suspek serangan itu.

Sebahagian besar mangsa yang cedera merupakan penduduk tempatan.

Sementara itu, menurut maklumat terbaru, polis menyatakan bahawa penyerang dalam kejadian itu sudah mati.  – AGENSI.

Tiada ulasan: