FMT Reporters
PETALING JAYA: Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara enam bulan di negara itu.
Hukuman itu dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu, selepas dia ditahan pada Oktober.
Berita Harian memetik sumber berkata, pelawak itu mungkin dibebaskan lebih awal dari tempoh ditetapkan jika berkelakuan baik.
“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” kata sumber itu.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada artis berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan