"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dibunuh di hotel bajet, dua lelaki ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing diberkas polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita disyaki dibunuh di sebuah hotel bajet di Taman Mawar, Puchong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan pada jam 10.15 malam.

"Berdasarkan laporan, seorang wanita warga asing berusia 30-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai dibunuh.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, bertindak atas maklumat polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 39 tahun di kawasan Bukit Puchong di sini, kira-kira jam 3 pagi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 6 Januari ini bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-80742222.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang wanita ditemukan mati di sebuah hotel bajet di sini, malam tadi.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan lot kedai berkenaan ketika ditemui memaklumkan tidak mendengar sebarang bunyi aneh.

Tiada ulasan: