"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditikam anak saudara akibat perang mulut

Bernama

BUTTERWORTH: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai, pada hari ini.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.30 pagi, yang melibatkan mangsa berusia 35 tahun yang ditikam di bahagian perut oleh anak saudaranya.

“Berdasarkan siasatan awal, remaja perempuan berusia 14 tahun itu tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu kerana menghadapi masalah keluarga. Kejadian tikaman itu berlaku ketika mereka berada di ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pertengkaran mulut berlaku antara mereka apabila suspek ingin kembali tinggal bersama ibu kandungnya, namun dihalang oleh mangsa.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Tiada ulasan: