MOHD YUNUS YAKKUB
Tangkap layar kejadian tersebut.
SHAH ALAM – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan sekumpulan individu berpakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan uniform ketika menghadiri salah sebuah majlis, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas pihaknya terkesan satu video di aplikasi Tiktok kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, video yang tular itu juga boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai yang menganggap perbuatan tersebut bukan satu kesalahan.
Hussein menegaskan, akibatnya ia boleh menjurus kepada tindakan yang melanggar undang-undang yang telah termaktub dibawah undang-undang negara.
Berdasarkan video yang tular berdurasi satu minit 42 saat telah meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan penjelasan terhadap kehadiran beberapa individu yang telah berusia lengkap berpakaian istiadat yang tidak diketahui kesahihannya sama ada pasukan polis dan askar. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan