"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja asing maut dihempap kaca

Erika George
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang daripada dua yang maut dihempap kaca. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang daripada dua yang maut dihempap kaca. FOTO Ihsan JBPM.
Bintulu: Dua lelaki warga Indonesia maut, manakala seorang rakan sekerja mereka parah selepas dihempap kepingan kaca dalam kontena di kilang perindustrian di Jalan Tanjung Kidurong, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti Aris Munandar dan Asroy, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Rodi parah dan dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kejadian pada 10.28 pagi.

Menurutnya, mangsa dilapor terperangkap dalam kontena terbabit dengan dua tidak sedarkan diri, dan seorang masih sedar ketika diselamatkan.

Katanya, pasukan kemudian bertindak mengeluarkan ketiga-tiga mangsa menggunakan jengkaut dan peralatan lain.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: