"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Janda, pasangan berdepan hukuman sebatan kerana khalwat berulang

Baharom Bakar
bhnews@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang janda bersama pasangannya bakal berdepan dengan hukuman sebatan selepas ditangkap berkhalwat kali kedua, pada Selasa lalu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, berkata wanita berusia 36 tahun itu dicekup ketika berkhalwat dengan teman lelaki berusia 32 tahun di sebuah rumah sewa di Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pasangan terbabit dibawa ke Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan jaminan.

"Berdasarkan rekod, janda terbabit dengan pasangannya itu pernah ditangkap kerana melakukan kesalahan yang sama.

"Kesalahan berkhalwat untuk kali kedua menyebabkan pasangan itu boleh dihukum sebat atas pertimbangan hakim sama ada di khalayak ramai atau di penjara," katanya.

Aizi Saidi berkata, pasangan itu ditahan selaras dengan Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Dalam perkembangan lain, Aizi Saidi berkata, sebanyak 146 kes tangkapan berkhalwat di seluruh negeri dalam tempoh lapan bulan bermula Januari tahun lalu.

"Kemaman merekodkan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 42 kes diikuti Kuala Terengganu (41 kes), Besut (19 kes), Marang (17 kes), Dungun (13 kes), Setiu (empat kes) dan Hulu Terengganu (dua kes)," katanya.

Tiada ulasan: