"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Madani Jahiliah: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang…

Harapandaily

NAJIB BAKAR

Artikel Minda Presiden Pas menyerang PMX secara tiba-tiba, persis seorang pemandu yang tak reti guna signal.

Tajuk artikel itu adalah “D8 Dipandang Remeh.”

Macam biasa, tulisannya itu panjang lebar, petik banyak ayat Quran di awalnya.

Nak sampai ke cerita D8 tu macam dah habis season 1 drama, 18 episod cuma intro semata-mata.

Walhal, isi utamanya cuma nak mengata PMX sahaja, hanya sebab PMX tak hadir ke sidang D8 tersebut.

Panjang lebar huraian, tiba-tiba konklusinya adalah PMX bergantung kepada Madani Jahiliah, sebab PMX tak hadir ke sidang itu.

Tak hadir = Madani Jahiliah, berkiblat White House.

Apa punya dangkal konklusi semudah itu?

Yang lucu, sebelum serang PMX, dia bernada kecewa kerana usaha rakan karibnya iaitu Tun M anjurkan KL Summit D8, hanya empat negara sahut.

Kemudian secara tiba-tiba kona tak bagi signal, terus mengata PMX.

Apa kaitan cerita empat negara tak datang KL Summit tu dengan PMX?

Adakah sebab “sabotaj” dari PMX yang empat negara tu tak hadir KL Summit anjuran Tun M?

Adakah Hadi nak gambarkan, pengaruh antarabangsa PMX lagi kuat berbanding Tun M, walaupun ketika Tun M jadi Perdana Menteri Malaysia?

Takkan koman sangat Tun M tu?

Tak ada korelasi jelas antara dua perenggan tersebut.

Jadi, kenapa PMX tak hadir sidang D8 tu?

Adakah Hadi berhalusinasi bahawa PMX boikot sidang D8?

PMX telah hantar Menteri Pengajian Tinggi, Dr Zambry ke sidang tersebut. Kenapa bukan beliau sendiri?

Pada tarikh sidang tersebut, 18 dan 19 Disember, PMX sebenarnya menerima lawatan Presiden Turkmenistan, negara yang mempunyai lebih 90% orang Islam.

Ini lawatan pertama Presiden Turkmenistan tersebut ke Malaysia.

Dalam tempoh Januari ke Oktober 2024, dagangan antara Malaysia dan Turkmenistan naik 74.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2023.

Ni negara majoriti umat Islam. Antara rakan dagang penting Malaysia juga.

Kemudian bila Hadi tuduh PMX berkiblat White House, memang lucu kerana Malaysia sekarang rapat juga dengan BRICS.

Malaysia, sebagai negara dagang, perlu berbaik dengan semua blok dunia, tidak hanya US.

Dan bila Hadi petik Blackrock, lebih lucu kerana Kerajaan Negeri Kedah pun ada hubungan erat dengan Blackrock menerusi Boeing.

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Haih, kerana benci, habis dituduh orang macam-macam.

Dan aku faham yang PMX langsung tak perlu layan artikel ni, sebab terlampau dangkal, tak sama level langsung.

Senget benget pemikirannya, too simple minded.

Tapi, nak bagi cerita tu sedap, kena hias dengan ayat-ayat Quran yang panjang lebar, walaupun tak berkaitan dengan isi utama.

Ya, seperti cukai dan teksi, ke laut dalam perginya.

Tiada ulasan: