Harapandaily
LIYANA MARZUKI
Setiausaha Agung Pas keluarkan kenyataan. Mereka akan teruskan Perhimpunan Solidariti Najib, Isnin ini sebab nak “pertahankan titah Raja Melayu”.
Walhal, kenyataan Istana Negara sudah terang memberi hint, “sudah-sudahlah tu”.
Ironinya, parti inilah yang dalam sejarah, paling derhaka dan kurang ajar dengan Sultan.
Fakta-fakta dalam lipatan sejarah, untuk diterima oleh mereka yang tidak dipajak otak:
1) Berguling-guling atas jalan raya dan mengganas halang Sultan, hanya kerana UMNO tebuk atap dan MB mereka diturunkan.
2) Presiden beberapa kali perlekehkan Sultan dan Raja katanya zalim dan tak reti jaga agama. Siap samakan dengan Firaun dan Namrud.
3) Sultan Perak panggil mengadap pun mereka buat tidak tahu saja, langsung buat-buat lupa.
4) Buat darurat untuk bergayut dengan kuasa, tanpa perkenan Raja sampai Raja pun murka.
Yang mana yang setia dan nak jaga Raja, bila Raja pun mereka langgar?
Ramai percaya, parti ini secara halus mahukan Malaysia seperti Republik Iran, buang Raja mereka pada tahun 1979. Nak rakyat bergantung sepenuhnya kepada “kepimpinan ulamak”.
Tanyakan saban tahun sejak tahun 80-an, di mana Pemuda Pas terima latihan kalau tidak di Iran? Dan Presiden Pas saban tahun ke sana, sampai timbul amarah Kesatuan Ulamak Sedunia.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang
Seperkara lagi yang kita kena hadam. Sekarang pemimpin PN ada dua kes menghasut menghina Agong dan Sultan.
Satu oleh Pengerusi PN dan satu lagi oleh MB Kedah. Ada ke parti lain kes hina Raja berderet sebegitu?
Kes hasut dan hina Sultan tetapi mereka gelar mereka parti pejuang Melayu? 🤦🏻♀️
Ituu sebab apabila Pas gebang nak pertahan raja, kita gelakkan saja.
Pas itu bukan agama, hanya parti politik. Sebagaimana kebanyakan orang politik, matlamat itu menghalalkan cara. Prinsip dan hukum hakam jatuh nombor dua.
Walau perlu bergayut atas Perdana Menteri lama atau Agong terdahulu. Mereka takkan tahu malu.
Moga kita dan anak-anak tidak akan terus tertipu.
*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan