KOSMO
Tangkap layar menunjukkan penyanyi menendang kepala penonton yang berdiri di depan pentas. - X
JAKARTA – Seorang penyanyi kumpulan muzik, Defective di Indonesia menerima kecaman kerana menendang kepala penonton ketika melakukan aksi ‘moshing’, lapor portal berita Abatanews.
Kejadian berlaku semasa kumpulan heavy metal itu mengadakan persembahan di Bogor, wilayah Jawa Barat semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @kegblgnunfaedh menunjukkan vokalis wanita itu ‘menari’ di atas pentas.
Dia kemudian menghampiri kumpulan penonton yang berdiri di hadapan pentas lalu menendang kepala mereka.
Bahkan, wanita itu meneruskan persembahannya seperti biasa tanpa rasa bersalah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 80,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Memalukan warga Bogor!” kata seorang netizen.
“1% nyanyi, 90% lagi buat kalut!” kata netizen lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan