"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

9 ditahan dalam pesta minum arak, parti buih

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
SEBUAH hotel yang menganjurkan parti minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu diserbu, malam tadi. FOTO Ihsan JAINJ.
SEBUAH hotel yang menganjurkan parti minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu diserbu, malam tadi. FOTO Ihsan JAINJ.
Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan individu Islam di sebuah hotel di Taman Perling di sini, yang terbabit dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi bermula jam 11 malam hingga 3 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan dalam sebuah kafe di hotel berkenaan selepas mendapat aduan awam.

"Pemeriksaan mendapati hotel berkenaan menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih.

"Seramai 29 individu Islam diperiksa terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis berkenaan.

"Sembilan daripadanya terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, termasuk empat warga Indonesia didapati positif alkohol ," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 dibuka kerana minum minuman yang memabukkan.

"Enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, operasi di daerah lain menyaksikan 12 individu ditahan dengan masing-masing dua orang di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat, manakala enam lagi ditahan di Kulai.

Katanya, mereka ditahan atas kesalahan khalwat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 27(1)(2) EKJSNJ 1997.

Tiada ulasan: