"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengunjung KLCC, Dataran Merdeka kena ‘prank’, tiada bunga api

KOSMO!
Tiada pertunjukkan bunga api diadakan di KLCC dan Dataran Merdeka malam tadi.
PETALING JAYA – Pengunjung yang hadir ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) sekali lagi kecewa apabila pertunjukkan bunga api yang ditunggu-tunggu sempena ambang tahun baharu tidak ‘muncul’.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok FS Services, rata-rata pengunjung hadir ke menara ikonik itu kerana dikhabarkan oleh pempengaruh bahawa akan ada pertunjukkan bunga api.


“Kasihan yang bawa anak-anak kecil, ini semua punca ‘TikTokers’ yang sebar berita palsu. Akhirnya kecewa anak kecil yang menunggu bunga api,” tulisnya.


Turut mengalami nasib sama adalah seorang lagi pengguna TikTok dikenali sebagai Ekha yang mendakwa telah dua tahun di ‘prank’ oleh KLCC.

“Siapa yang sama dengan aku dekat sini juga, tunggu punya lama sebab nak tengok mercun, dari KLCC, akhirnya kita dapat yang hujung sekali. Dua tahun dah KLCC tak buat mercun kt KLCC,” luahnya.

Selain KLCC, pengunjung yang hadir ke Dataran Merdeka juga hampa apabila tiada pertunjukkan bunga api diadakan meskipun mereka ‘berkampung’ di kawasan itu seawal pukul 5 petang.

“Pukul 5 petang kami dah tunggu, takut tak ada tempat. Masa ni semua dah bangun sedia tunggu bunga api,” tulis Eyka Nabieylah yang datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api di dataran bersejarah itu.

Kosmo! difahamkan pengunjung yang hadir ke KLCC semalam hanya dapat melihat pertunjukkan bunga api yang diadakan di kawasan berhampiran.

Antara bangunan yang mengadakan pertunjukkan bunga api semalam termasuklah Menara Kuala Lumpur dan Menara Tun Razak Exchange (TRX). – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: