"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Layanan salah kerajaan dan penguatkuasa di Malaysia terhadap pendatang haram Rohingya punca lebih ramai mempertaruhkan nyawa untuk datang

APMM temukan 2 lagi bot bawa hampir 300 etnik Rohingya

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my
SALAH sebuah bot yang sarat dinaiki PATI ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira dua batu nautika Barat Daya Pulau Rebak, Langkawi. FOTO APMM
SALAH sebuah bot yang sarat dinaiki PATI ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira dua batu nautika Barat Daya Pulau Rebak, Langkawi. FOTO APMM
Langkawi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan menemui baki dua bot bersama hampir 300 etnik Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi, lewat petang semalam.

Kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit dipercayai saki baki daripada 196 etnik Rohingya dalam sebuah bot yang terkandas dan ditahan polis di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat, awal pagi semalam.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata kedua-kedua bot terbabit ditahan kira-kira dua batu nautika Barat Daya Pulau Rebak, di sini.

"Ketika ditemui PATI terbabit dalam keletihan kerana dipercayai terpaksa menempuh perjalanan panjang tanpa bekalan makanan dan minuman mencukupi.

"Dianggarkan hampir 300 orang PATI berada dalam bot terbabit dan APMM telah memberi bantuan awal termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih.

"PATI bersama dua bot dari Myanmar itu kemudian diusir keluar sehingga ke

perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Rosli berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan kedua-dua bot itu.

Media semalam melaporkan, APMM melancarkan operasi bagi mengesan saki-baki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

Tiada ulasan: