"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azam Baki mahu saman Albert Tei

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sedang melakukan persiapan menyaman Albert Tei susulan tuduhan beliau mengugut ahli perniagaan kontroversi itu berkait dakwaan skandal rasuah Sabah.

“Ya, peguam saya sedang menyediakan dokumen,” katanya ringkas kepada FMT apabila ditanya sama ada sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tei.

Semalam, Bukit Aman berkata pihaknya akan memanggil Azam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang peguam yang dikaitkan dengan bekas ketua SPRM itu yang memberi amaran kepada Tei, agar tidak mendedahkan skandal didakwa berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar, berkata Tei dan peguam yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut suda memberikan kenyataan mereka.

Tiada ulasan: