"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Guru lelaki ditahan bantu siasatan dua kes salah laku seksual pelajar di Besut

Mohd Ishak Abdillah Ngah

BESUT: Seorang guru lelaki berusia 42 tahun ditahan polis selepas didakwa terbabit dalam dua kes salah laku seksual membabitkan pelajar di daerah ini, hari ini.

Suspek ditahan di kediaman keluarganya di Besut kira-kira jam 3.25 petang susulan laporan polis yang dibuat oleh dua pelajar terhadapnya.

Difahamkan, tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku seksual yang kini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam perkembangan berkaitan, tular di media sosial dakwaan satu lagi kes salah laku membabitkan seorang guru di daerah Setiu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu mengesahkan isu berkenaan kini dalam tindakan siasatan pihak kementerian.

Menurut kenyataan media JPN Terengganu, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: