"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga asing lemas terjatuh tasik universiti

MOHD. FAHMI ISMAIL
Lelaki warga asing ditemukan lemas dalam tasik sebuah universiti swasta di Subang Jaya, hari ini. - Foto Ihsan JBPM Selangor
SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik sebuah universiti swasta di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.48 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan saksi melihat seorang lelaki terjun ke dalam tasik tersebut sebelum mangsa ditemukan tersangkut pada ‘grappling iron’ oleh anggota bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini dan anggota bomba sedang menunggu ketibaan pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: