"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amirudin menghadap Sultan Selangor hari ini, jelas pendirian tak bubar DUN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan Selangor kekal pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen, selepas menghadiri mesyuarat tertutup PKR, di ibu pejabat parti itu, malam tadi.

Menjawab soalan pemberita berhubung keputusan pembubaran DUN, beliau berkata, negeri itu akan kekal sebagai mana keputusan diumumkan Pakatan Harapan (PH), sebelum ini.

Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian, Amirudin berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini, untuk memberikan taklimat berhubung perkara itu.

“Setakat ini, muktamadnya 98.735 peratus DUN akan dikekalkan, tidak akan dibubarkan,” katanya dalam majlis berasingan di Selayang, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membuka laluan kepada PRU15. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh untuk penamaan calon, hari mengundi serta urusan lain, selain menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing, susulan pembubaran Parlimen, kecuali DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Sabah mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada September 2020, manakala Melaka dan Sarawak pada November serta December 2021 dan Johor mengadakan PRN pada Mac lalu.

Minggu lalu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim, berkata tiga negeri PH iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang termasuk Selangor tidak akan membubarkan DUN jika PRU15 diadakan tahun ini seperti diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu.

Sementara itu, Amirudin ditanya mengenai kemungkinan bertanding di Gombak, Amirudin berseloroh, ‘Mungkin di Gombak, mungkin di Bandar Tun Razak, mungkin juga di Ampang’.

“Calon belum diputuskan. Rafizi (timbalan presiden PKR) akan kongsikan pada 12 Okt,” katanya.

Tiada ulasan: