"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan kurang hukuman Najib ‘tamparan hebat’ buat SPRM

FMT Reporters

PETALING JAYA: Keputusan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak mematahkan semangat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut seorang bekas ketua pesuruhjayanya.

Latheefa Koya, yang mengepalai SPRM dari Jun 2019 hingga Mac 2020 berkata, pegawai pencegah rasuah ialah penjawat awam, justeru tidak dapat meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung hukuman yang diringankan itu.

“Apa perasaan pegawai SPRM, yang merisikokan kerjaya mereka untuk menyiasat 1MDB pada zaman Najib, tentang hukuman yang dikurangkan itu? Ini tamparan hebat buat pegawai-pegawai terbabit, dan SPRM juga.

“Saya kenal pegawai-pegawai itu, saya tahu apa mereka rasa,” katanya dalam ciapan di platform media sosial X.

Latheefa, yang juga bekas ahli PKR berkata, SPRM kini masih berusaha mendapatkan semula dana milik 1MDB daripada negara lain.

Katanya, beliau terlibat dalam usaha itu sebelum ini dan faham cabarannya.

“Negara-negara lain memerhati dengan teliti – adakah mereka akan bekerjasama sekarang?”

Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan mengumumkan keputusan memendekkan hukuman penjara bekas perdana menteri itu daripada 12 tahun kepada enam tahun dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028, atau setahun kemudian jika gagal membayar denda.

Keputusan itu dikritik pelbagai pihak, termasuk penyokong kerajaan Ramkarpal Singh dan masyarakat awam, walaupun pemimpin kerajaan perpaduan menggesa semua pihak menghormati keputusan lembaga itu.

Ketika mengetuai SPRM, Latheefa mendedahkan sembilan rakaman audio didakwa berkaitan dengan kes SRC International dan 1MDB. Rakaman itu didakwa membabitkan Najib, isterinya Rosmah Mansor, bekas timbalan pendakwa raya Dzulkifli Ahmad dan tokoh terkemuka lain.

Tiada ulasan: