"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

16 dari Bersatu akan menyokong Anwar

K PRAGALATH

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kini mendakwa 16 ahli parlimen dari Bersatu menjelang hujung bulan ini.

“Sebelum ini, saya beritahu bahawa lebih dari 10. Kini angka tersebut telah meningkat kepada 16. Kita tunggu dan lihat samada lebih ramai akan menyokong,” kata beliau selepas program Jualan Rahmah di Changkat Jering, Perak.

Ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi ialah wakil rakyat Bersatu keenam yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Ahli parlimen dari Bersatu yang turut menyokong PMX ialah Syed Abu Hussin Hafiz, Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) and Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Syed Abu Hussin turut menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi broker untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang.

“Saya bukan broker. Saya bercakap benar dan saya tidak menghubungi mereka.

“Apa yang saya boleh katakan ialah pembangkang sedang membuat sesuatu yang tidak bermakna. Mustahil untuk MP menyertai pembangkang.

“Mereka tak boleh menjaga yang ada dengan mereka pun,” tambah beliau.

Ketika ditanya berkenaan kebarangkalian tindakan yang dihadapi ekoran sokongan beliau kepada Anwar, Syed Abu Hussin berkata ia tindakan yang tidak bermakna.

“Apa yang mereka rancang tidak bermakna kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti untuk tindakan diambil selagi perlembagaan parti tidak dipinda.

“Rakan-rakan saya dan saya sendiri hanya menyokong kerajaan tetapi tidak meninggalkan parti,” tegas beliau.

Tiada ulasan: