"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas disyaki dera bayi ditahan

Bernama

SEREMBAN: Seorang warga emas ditahan kerana disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di taman perumahan di Nilai, Isnin lepas.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan daripada ibu mangsa pada 6.12 petang semalam.

Semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati wanita berusia 66 tahun itu, yang juga pengasuh pusat asuhan kanak-kanak itu, memukul bayi terbabit di bahagian kepala.

“Hasil keterangan pakar perubatan yang merawat menyatakan bayi itu mengalami kecederaan bengkak di bahagian mata berkemungkinan terkena objek keras.

“Susulan itu, tangkapan dibuat terhadap suspek pada 12.30 tengah hari tadi. Semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah selain tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Polis berkata pusat asuhan tersebut telah beroperasi kira-kira 20 tahun dan penubuhannya mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret esok dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

Tiada ulasan: