"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat kes Taib Mahmud dibawa keluar hospital

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung isu tular bekas Yang di-Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, berkata kes disiasat bawah Seksyen 336 kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan dan membuat spekulasi berhubung laporan yang tular itu.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: