"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Najib: Kalau Umno tak puas hati, pergi mampos la jangan dilayan

Isu Najib: Umno tak puas hati tapi tiada tuntutan keluar k'jaan - Asyraf

Hariz Mohd

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menafikan beberapa pemimpin akar umbi menuntut parti itu untuk keluar daripada kerajaan perpaduan berhubung isu pengampunan bekas presidennya Najib Razak.

Walaupun mengakui ramai pemimpin dan ahli Umno tidak berpuas hati kerana Najib tidak mendapat pengampunan penuh, rasa tidak puas hati itu tidak sampai ke tahap menggulingkan kerajaan yang memerintah hari ini.

Bercakap kepada pemberita petang ini, Asyraf berkata dia tidak menerima sebarang pesanan atau gesaan seumpama itu daripada pemimpin parti setakat ini, termasuk semasa taklimat tertutup dengan ketua bahagian Umno pada Ahad lalu.

"Tiada satu pun (gesaan) saya terima secara bertulis ke, Whatsap ke, atau secara terbuka.

"Saya yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, pertemuan dengan presiden.

"Presiden bercakap, dan tidak ada seorangpun mempertikaikan atau menuntut kita keluar (kerajaan) ke?

"Sebab pelik juga kenapa nak keluar kerana ini bukan kuasa mana-mana parti, ini kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Asyraf bercakap kepada media selepas menghadiri majlis “Sembang Santai Bersama Media” anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kuala Lumpur.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan beberapa pemimpin Umno bahagian tidak hadir pada taklimat Ahad bersama presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, dipercayai disebabkan kekecewaan mereka terhadap keputusan Lembaga Pengampunan.

Ini selepas lembaga pengampunan memutuskan untuk mengurangkan separuh tempoh penjara 12 tahun bekas perdana menteri itu dan bukan memberinya pengampunan penuh.

Beberapa pemimpin Umno bahagian dilapor FMT telah menggesa parti itu keluar daripada kerajaan dan melahirkan rasa tidak senang mereka terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal membantu Najib.

Menjawab perkara itu, Asyraf berkata hanya 20 pemimpin Umno bahagian daripada 191 tidak hadir pada sesi taklimat itu.

Junjung titah Agong

Setiausaha Agung itu mendakwa bahawa mereka yang tidak hadir telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka tidak dapat hadir.

Enam daripada mereka berada di Mekah, ada yang berada di luar negara manakala beberapa dari Sabah tidak dapat ke semenanjung kerana notis yang singkat, katanya.

Menurut Asyraf, kepimpinan Umno telah menegaskan kepada ahli parti bahawa keputusan untuk mengurangkan separuh hukuman penjara Najib adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong.

"Sebab Umno adalah parti yang mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, masa kita menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk wujudkan kerajaan perpaduan.

"Takkan dalam hal ini kita mengkhianati atau mempertikaikan.

"Sebab itu kenyataan MKT kita menjunjung dan menerima keputusan tetapi tidak menghalang kita merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (sekarang)," katanya lagi.

Tiada ulasan: