"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan dalam surau, pondok

Alias Abd Rani
bhnews@bharian.com.my

MUAR: Seorang pelajar sebuah kolej menggigil di Mahkamah Sesyen hari ini ketika prosiding menjatuhkan hukuman atas kesalahan merogol rakan bawah umur yang dikenali melalui media sosial termasuk di sebuah surau, sejak Mac dan April lalu.

Tertuduh, Muhammad A'azib Darwish Rosli, 19, sebelum itu berhadapan tiga pertuduhan merogol rakan berusia 13 tahun, mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim bertanyakan sama ada dia mengetahui atau tidak akan menerima hukuman berat atas kesalahan dilakukan, membuatkan dia menggigil dan juga seolah-olah ketakutan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah surau dalam daerah ini, pada jam 3 petang, 5 dan Mac lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia sekali lagi mengulangi perkara sama di sebuah pondok juga dalam daerah ini, pada jam 5.30 petang, 20 April lalu.

Untuk itu, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang baru sebulan memasuki kolej berkenaan didakwa mengenali mangsa melalui aplikasi di media sosial.

Tertuduh mula berhubung dengan mangsa sebelum mereka memutuskan untuk keluar bersama-sama.

Kesempatan itu, diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa di dua lokasi berasingan.

Pada 26 April lalu, ibu mangsa bertanyakan padanya selepas dia didapati tidak pulang ke rumah sebelum itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan pemeriksaan mendapati, ada kesan dia dirogol.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap, semalam.
Tertuduh, Muhammad A'azib Darwish keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana rogol rakan bawah umur. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
Tertuduh, Muhammad A'azib Darwish keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana rogol rakan bawah umur. - Foto NSTP/Alias Abd Rani 

Tiada ulasan: