"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua pemandu bas positif dadah ketika mahu bertolak ke KL

ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan dua pemandu bas selepas dikesan positif dadah jenis ganja dan methamphetamine masing-masing di Perlis dan Negeri Sembilan menerusi Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 yang bermula Khamis lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kedua-dua pemandu berusia 42 dan 61 tahun itu ditahan ketika berada di terminal bas ekspres di kedua-dua negeri berkenaan sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, JPJ sudah memanggil syarikat pengendali bas dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat(APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.

“Selepas mendapat pengesahan lanjut diterima daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), JPJ akan menggantung lesen kedua-dua pemandu itu mengikut Seksyen 36 Akta 333,” katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Akademi JPJ Timur, Jalan Kuala Krai di sini malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Kifli memberitahu, sebanyak 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh JPJ menerusi Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 yang diadakan selama lima hari bermula 10 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: