"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Imam ditahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat 2 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang imam ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malam tadi kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Lelaki 43 tahun itu ditahan dalam operasi khas bersepadu sempena Aidiladha di depan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Wilayah Timur, Kota Bharu.

Ketika ditahan, dia bersama isteri dalam perjalanan pulang dari pasar raya selepas membeli peralatan mencetak teks khutbah untuk dibacakan pada Aidiladha.

“Memang sudah dua tahun cukai jalan kereta ini mati dan biasanya saya pandu siang hari saja dalam keadaan berjaga-jaga, tapi tak sangka malam ini nasib tidak menyebelahi kami.

“Saya pun sedang berkira-kira untuk mengambil lesen kenderaan, tapi belum sempat kerana kekangan masa. Apabila terjadi begini (disaman), Insya Allah akan saya usahakan dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro.

Sebanyak 102 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan 24 kenderaan disita dalam operasi bersepadu yang turut disertai polis, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendaftaran Negara dari 8 hingga 11 malam tadi.

Tiada ulasan: