"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita pandu lawan arus langgar kereta polis, pecut 20km sebelum ditahan

Ahmad Hasbi
bhnews@bh.com.my

KUALA PILAH: Seorang wanita ditahan selepas didakwa melanggar kenderaan polis ketika cuba ditahan selepas melawan arus berhampiran Jalan Yam Tuan Raden di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berusia 55 tahun berkenaan dikatakan ditahan di pekan Bahau, Jempol, kira-kira 20 kilometer (km) dari lokasi dia melawan arus.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, berkata anggota Balai Polis Kuala Pilah yang menjalankan tugas rondaan mengesan sebuah kereta Toyota Vios dipandu secara melawan arus di Jalan Yam Tuan Raden.

"Anggota polis cuba menahan kereta itu namun pemandu seorang wanita tempatan enggan memberi kerjasama.

"Dalam usaha menahan kereta itu, suspek melanggar kenderaan polis untuk melarikan diri sehingga mengalami kerosakan bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dengan bantuan pelbagai cawangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah, pemandu kereta itu dapat ditahan di persimpangan Jalan Bahau- Kuala Pilah berhadapan sebuah stesen minyak.

"Suspek seorang wanita berusia 55 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Tiada ulasan: