"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sarjan tembak mati pesakit ‘menjengkelkan’ di hospital

KOSMO
Suspek ditahan selepas menyerah diri. – Thai Post
BANGKOK  – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku menembak mati seorang lelaki Myanmar di katil sebuah hospital kerana kerap  membuat bising dan mengganggu bapanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Kyaw Swar Aong, 29, merupakan pesakit di Hospital Kaen, rantau Issan, manakala bapa suspek turut menerima rawatan di hospital itu.

Dia ditembak di atas katil hospital sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 6 Jun lalu.

Polis pada awalnya menyangka motif kejadian berpunca daripada hutang, namun rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati Sarjan Weeraphong Buayen adalah penembaknya.

Menurut suspek, mangsa ditempatkan di katil bersebelahan bapanya di bangunan nombor 5.

Bapanya mengadu bahawa mangsa sering mengganggu ketenteramannya dan membuatkan dia sukar untuk tidur.

Ini membuatkan suspek membenci mangsa sebelum bertindak nekad dengan menembaknya.

Suspek menyerah diri di balai polis semalam selepas dipujuk oleh ibunya dan berdepan sama ada hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara 15 hingga 20 tahun jika didapati bersalah bagi tuduhan membunuh. – AGENSI

Tiada ulasan: