"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PH pertaruh Joohari Ariffin di DUN Sungai Bakap

Malaysiakini
story-image
Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara Joohari Ariffin ditampilkan sebagai calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli ketika membuat pengumuman berkata Joohari dipilih kerana memenuhi syarat calon selaku anak tempatan yang juga "cerdik pandai" pada majlis di Pulau Pinang malam ini.

Semakan Malaysiakini mendapati Joohari yang juga bekas guru dilihat mula turun padang serta membuka halaman Facebook (pages) selain akaun Facebook peribadi sedia ada.

Dia juga mengemas kini maklumat pekerjaan di Facebook yang dikemas kini sebagai ‘mantan pengarah IAB Cawangan Utara’ sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tiada ulasan: