"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini ha lagi penjawat awam jadi pengkhianat

Penguat kuasa ditahan lindung warga asing jual rokok seludup
NUR FATIN ZAHRA
Dua orang anggota yang ditahan reman atas kesalahan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1,000.
PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan dua anggota penguat kuasa selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 sebagai balasan untuk tidak menangkap pengadu kerana menjual rokok tanpa cukai.

Menurut sumber, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditangkap pada pukul 2 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai.

Susulan penahanan itu, SPRM membawa suspek ke Mahkamah George Town pagi tadi.

Perintah reman selama lima hari dibenarkan bermula hari ini sehingga 14 Jun ini yang dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim.

“Kedua-dua suspek dipercayai meminta wang daripada warga asing yang dipercayai menjual rokok tanpa cukai. Salah seorang suspek meminta wang RM2,000 sebagai balasan untuk tidak menangkap pengadu.

“Suspek bersetuju untuk menerima RM1,000 berserta dua karton rokok. Kedua-dua suspek juga disyaki meminta rasuah secara bulanan daripada pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

-------

Anggota penguat kuasa JPJ didakwa terima rasuah

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
ZAINUDDIN hadir atas pertuduhan di bawah kesalahan Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Butterworth. FOTO Danial Saad
ZAINUDDIN hadir atas pertuduhan di bawah kesalahan Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Butterworth. FOTO Danial Saad
Butterworth: Pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan menerima wang RM8,000 daripada pengarah syarikat logistik, enam tahun lalu.

Tertuduh, Zainuddin Jaafar, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Stesen Penguat kuasa JPJ Kuala Ketil, Kedah didakwa menerima wang RM1,000 setiap bulan daripada seorang pengarah syarikat logistik membabitkan penguatkuasan ke atas lori mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh didakwa menerima wang terbabit melalui akaun bank milik isterinya berusia 48 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Taman Desa Murni, di sini, antara Mei hingga Disember 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili peguam Y Anbananthan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta menetapkan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 19 Julai depan.

Tiada ulasan: