"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan FB ini cetus kebimbangan awam: ‘Bilakah orang Cina Malaysia akan dapat hak yang sama?’

Harapandaily

Satu kumpulan Facebook dengan mempunyai hampir 8,000 pengikut mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila dilihat membangkitkan hasutan berbaur perkauman.

Halaman ‘Malaysian Chinese Forward’ dilihat konsisten memuatnaik kenyataan dalam berbahasa Mandarin dan hanya sedikit terjemahan pada poster dengan Bahasa kebangsaan berada di bahagian Bawah Bahasa Cina.

Kumpulan tersebut antara lain menyatakan sistem kuota telah memberi kesan serius terhadap sistem pendidikan negara.

Selain itu, halaman tersebut juga menegaskan bahawa “orang Cina telah memberikan sumbangan yang besar kepada Malaysia”.

Dalam isu pendidikan Cina, ‘Malaysian Chinese Forward’ kerap menonjolkan bahawa sekolah vernakular semakin menjadi pilihan pelajar dari kaum bukan Cina serta berkualiti.

Kenyataan itu sekaligus dilihat cuba menenggelamkan peranan sekolah kebangsaan yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang serta menyemai benih semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Malah dalam satu hantaran, ‘Malaysian Chinese Forward’ membangkitkan persoalan yang dilihat menyemai bibit kebencian antara kaum.

“Bilakah orang Cina Malaysia akan mendapat hak yang sama?” menurut poster tertera pada hantaran itu.

Rata-rata orang ramai menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pentadbiran laman Facebook itu.

Dalam masa sama, ramai meninggalkan komentar berbaur sindiran yang antara lain turut mengaitkan dengan kewujudan sekolah vernakular serta jurang kekayaan antara kaum di negara ini.

“Setuju, sepatutnya top 10 richest man di Malaysia patut ramai dari kaum majoriti tapi minoriti yang banyak. By your logic, majoriti sebenarnya ditindas oleh minoriti.

“Tutup sekolah vernakular dulu. Bagi gaji sama pada pekerja tanpa ikut bangsa.

“10 teratas orang kaya Malaysia adalah Type C.Teruk betul ya Type C ni kena tindas di Malaysia ya.

“Teruk betul kena tindas! Sampai ada yang merana jadi menteri. Tak kurang juga kena zalim niaga sampai kaya-raya jadi tauke kartel,” demikian antara sindiran warganet.

Tiada ulasan: