"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi bot bawa pendatang haram Indonesia karam, 16 selamat, 3 masih hilang

Bot bawa PATI karam di Sabak Bernam, 16 selamat, 3 masih hilang

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
ANTARA PATI yang ditahan selepas bot dinaiki mereka terbalik dan karam di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. FOTO Ihsan Jbpm Selangor
ANTARA PATI yang ditahan selepas bot dinaiki mereka terbalik dan karam di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. FOTO Ihsan Jbpm Selangor
Shah Alam: Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) terbalik dan karam berhampiran sebuah kolam pancing di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam semalam.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.39 pagi berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain berjaya menemukan 16 PATI yang selamat.

"Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita. Bagaimanapun, tiga lagi mangsa belum dijumpai.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan jam 6.15 petang dan akan disambung esok," katanya.

Tiada ulasan: