"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: "Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki" - Bapa

Sinar Harian
Seorang bapa, Wah Tee Tun, 49, menyaksikan sendiri anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.
Wah Tee Tun, 49, menyaksikan sendiri anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: “Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.”

Demikian detik memilukan diceritakan Wah Tee Tun, 49, apabila menyaksikan anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

Menurut Tee Tun, rempuhan kuat sebuah kereta yang hilang kawalan menyebabkan sebatang tiang lampu patah sebelum melayang dan menembusi van dinaiki mereka.

“Kesan rempuhan itu agak kuat menyebabkan sebatang tiang lampu patah dan melayang menjunam ke arah van kami lalu terkena tepat pada leher anak saya.

“Badannya tidak mengalami kecederaan lain,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.
Image
Norharizan Hassan (kanan) saksi kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang remaja yang putus kepala di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa._Sinar Harian
Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.
Mangsa, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah Volkswagen Golf GTI.

Tee Tun berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, mereka dalam perjalanan ke bandar untuk melakukan kerja-kerja pendawaian.

Menurutnya, sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju sebelum terbabas, melanggar pembahagi jalan dan merempuh van mereka.

Mendiang yang merupakan anak sulung daripada dua beradik difahamkan sedang menunggu keputusan permohonan menyambung pengajian dalam bidang automotif melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

“Keputusan UPU sepatutnya keluar dalam sehari dua lagi iaitu pada 22 Mei ini. Segala persiapan telah kami lakukan, namun kami reda perancangan untuk melihatnya menyambung pengajian tidak kesampaian,” katanya.
Image
kemalangan putus kepala
Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.
Han Keong dikatakan meminati bidang automotif dan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.

Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan anaknya sebagai seorang yang rajin, jujur dan sentiasa membantu keluarga dengan bekerja bersamanya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia tidak pernah membantah. Walaupun kadang-kadang saya berkasar atau memarahinya ketika bekerja, dia hanya tersenyum. Mendiang juga sangat rapat dan manja dengan ibunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang melalui peguam kerana insiden tersebut bukan berpunca daripada mereka dan turut mempunyai rakaman video kejadian.

Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan. - Sinar Harian

Tiada ulasan: